Sunday, January 30, 2011

Menu Jumaat 28 Januari 2011

Masak lemak Pucuk Paku
Salam...hah itu gambarnya................atas permintaan Big Bos di rumah ini..maka Mak G pun masakla Masak lemak pucuk paku.....
2 ikat sayur pucuk paku - beli kat pasar la..potong parts yg tak keras dan cuci bersih, toskan.
Cili api - 10 biji, jangan pedas sangat, nanti tak enjoy
Ikan bilis....sedikit la untuk perencah
Bawang besar - 1/2 ulas
Bawang puteh - 3 ulas
Santan - macam mana nak kira ye....herm ...dalam 200ml la
Itu aja la kot bahan bahan nya......
Serbuk kunyit sikit untuk bagi warna kat kuah tu nanti.

OK...move on kepada cara caranya pulak.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api dan ikan bilis, baik baik...takut merecik bahan yang ditumbuk masuk mata...hati hati ye
  • Bahan yang ditumbuk tu dimasukkan kedalam periuk bersama sedikit santan yang cair
  • Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan sedikit gula
  • Bila bahan bahan tadi sudah masak, masukkan pucuk paku tadi
  • Last sekali masukkan santan pekat...kalau pekat sangat, tambah sedikit air...kalau pekat sangat pun...dah rupa puding aja nanti.OK ...siap la masakan kita ...senang aja kan.....
Ikan Kekek
Ikan kekek mak iloi iloi....menu pasangan duet dengan masak Lemak Pucuk paku adalah ikan goreng ni. Mak G gi pasar dan nampak fish mongger (Cheh..dah lama tak guna perkataan ni) tu jual ikan ni...maka Mak G pun belila 10 ekor....mintak orang tu siangkan sekali..buang perut aja pun.
Smpai rumah, jam dah pukul 10 pagi...bersihkan ikan yang dibeli, Mak G beli ikan parang gak.untuk buat masak asam tumis. Dah siap asing-asingkan ikut portion nak masak nanti, maka simpanla ikan ikan tersebut di dalam freezer....dan mula la acara memasak yang hanya ambil 45 minit untuk siap...sekali dengan masak nasi. Oh by the way, Mak G kat rumah sekarang masak nasi tak guna rice cooker lagi dah...masak cara manual...lagi senang dan nasi tak berkerak pun.....
Caranya senang aja...sukat dan basuh beras macam biasa, pastu jerangkan atas dapur gas menggunakan api yang perlahan. Tindihkan periuk tu dengan sesuatu yang berat, macam cerek air. Selepas 15 minit, nasi pun masak dan tutupla apinya. Tunggu another 10 minutes...dah boleh makan dah...tak payah dikacau kacau nasi tu..sebab ia nya akan masak sendiri dengan wap dari periuk tadi. Senang kan......
So, sehingga kita jumpa lagi..............Happy cooking everybody!

Thursday, January 27, 2011

Entry Kedua untuk 1 hari.....

Salam

Tengahari ini Mak G dah selesai masak  untuk 2 jenis lauk (sebenarnya ada 3 jenis menu...1 tu siaran ulangan)
Hari pun sekejap mendung sekejap panas...maka lauknya pun ala ala gitu gak le....
Menu pertama untuk tengahari ni:
Sambal Sotong basah
Mula-mula dipertontonkan gambar nya dulu...ambil feel dulu...pastu tarik nafas dan jangan lepas lepaskan sampai esok.....
Sambal Sotong Basah
Bahan bahan nya
Sotong - 8 ekor
Cili kering blend - 3 sudu besar
Bawang besar - 1 biji di hiris hiris
Asam keping 1 keping yang besar

Garam, gula dan serbuk perasa...kalau nak berperasa la.....
Memula...of course la, pergi la pasar beli la sotong....jangan menyotong sudah ler. bersihkan dan potongla ikut suka anda, bulat bulat boleh, potong keping keping segi empat pun boleh. Ditoskan sotong tadi.
Tumis bawang besar sekali dengan cili blend, tumis dengan menggunakan api yang sederhana dan dikacau sentiasa. Tumis sehingga cili  masak dan masukkan la garam, serbuk perasa dan asam keping. masak lagi hingga betul betul garing, bukan hangus. Baru masukkan gula kacau lagi dan bila gula sudah hancur, masukkan sotong tadi, kacau sentiasa dan tambah air jika perlu. Jangan masak lama lama sangat, nanti sotong jadi liat..rasa macam getah pulak nanti.
Rasa garam, asam dan gula nya...repair la mana mana yang patut...ikut selera sendiri....well...dah siap.........
Sayur Campur




resepi nya mudah saja......

Sayur seperti cauliflower, buncis, carrot, cendawan tiram, cendawan kering...anything la..asalkan sayur....
Bawang besar 1 ulas dipotong wedges

Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
Dada ayam sebagai perencah
Cili hidup sebagai penghias taman
Garam, chicken stok dan sos tiram sedikit

Sayur dipotong ikut citarasa si tukang masak, cuci besih dan ketepikan.
Dada ayam dipotong melebar sebesar ibu jari anda maknanya kalau jari anda besar, besar la daging ayam tu.
Tumis bawang bawang dan cili, dengan api yang sederhana. Setelah bawang agak layu, masukkan isi ayam, di kacau dalam 2 minit, masukkan pula garam, sos tiram dan serbuk chicken stock. Tambah sedikit air.
Masukkan pula sayur yang agak lambat empok, seperti carrot dan kacang buncis. Dikacau, tapi jangan sampai layu sayur tu pulak.
Kemudian, diperingkat ini la anda kena uji kebolehan anda....rasa garam dan semua nya..adakah OK atau tidak...di adjust mana mana yang patut...maka baru la masukkan sayur sayur lain seperti cendawan .
Dikacau kaup terbalik sekejap aja.....tutup api nya dan dah siap....................
Maka hidangkan la hidangan anda dengan penuh kasih sayang..............

Januari 27 2011

Salam...Happy birthday to Nur Raihan Rahmat and Tengku Raudah(UPSI)
It's been a while since I last pinned my last entry......emotional strikes with a newly discovered syndrome called LAZINESS....(due to the weather and can always blame it to the weather huh!)
This morning we had rather a fusion style breakfast................I don't know..but that's the request for this morning.
Azri had oblong with chicken cheese sausage and turkey bacon brisket and Big Daddy had his half boiled egg and chicken pie on the go....turkey brisket and chicken cheese sausage we bought at Prima Agri outlet in Bangi....this factory is the main supplier for Halal beef and cold cuts meat for prime hotels in malaysia
No recipe for both but we share some pictures yeah......
Hidangan Azri

Hidangan  Big Daddy
Untuk Mak G pulak...roti cicah sambal goreng dan secawan Nescafe.......that's it for the morning show!!!

I will update for lunch later this evening.....
And for that adios amigo...enjoy!

Thursday, January 20, 2011

Hari Ini

Hari ini adalah hari cuti bagi negeri Selangor kerana perayaan Thaipusam. memandangkan hari ini hari cuti, maka bermula dari breakfast pagi tadi hinggala ke makan malam...segalanya disediakan oleh CEO Dr Hishamuddin Omar AKA Pak Sham...beruntungnya badan. Pagi tadi kami sarapan mee goreng, agak pedas....blame it on the chilies, tengahari kami disediakan Nasi tomato dengan ayam masak merah....
Tapi entry kali ini tiada resepi...sebab orang yang memasak hari ini tiada di rumah semasa entry ni ditaip....esok esok la resepi nya ye.....tapi gambar tetap ada......kejap ye....Mak G ambik SD card dari Nikon D40 untuk upload gambar.....

Set of Nasi Tomato, Acar Buah and Ayam Masak Merah No 49
Dalam masa Pak Sham menyediakan ayam masak merah nya...Mak  telah mencuba resepi dari seorang blogger ni dengan resepi Apam Balik..rasanya memang sedap
Ni gambarnya...resepi akn menyusul....


Apam Balik Moden

Ni resepinya.......................

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim



Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.


Kredit kepada penyumbang resepi ni http://anugerahnurani.blogspot.com
 Maka selepas pandai membuat apam balik ni....tak payahla beli lagi apam balik pasar malam..................
So, enjoy cooking pada yang nak cooking...and enjoy the pictures...pada yang belum lagi nak memasak....


Wednesday, January 19, 2011

Hari KO-KO

Salam, hari ini hari Rabu...hari kokurikulum kat semua sekolah di Tanah Melayu ni.....maka termasukla sekolah si Azri. Azri menyertai pasukan PBSM....baju putih, seluar putih dan berlencana PBSM Selangor...pagi tadi dia ke sekolah berpakaian tu la....dan petang nanti dia akan ke sekolah..entah tak tahu la pulak dia nak pakai baju apa....baju sukan kot...ntah ....
Oleh kerana hari ini ada Ko-Ko...maka dia akan balik awal, tiada kelas tambahan. Dia akan dismiss dari sekolah pukul 1.10 dan akan sampai ke rumah 1.20....dia BIG WALK ke sekolah yang hanya 100 tapak kaki dia tu...
Jadi...hari ni  Mak G pun terpaksala masak awal.....menu nya yang paling simple dalam dunia yang fana ni...30 minit aja dah siap..sekali dengan nasi.....kalau nak masak...sekejap aja....
Menu Pertama ialah: 


Menu Pertama Ikan Bilis Sira Cili Api



Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 biji cili api/padi..nak pedas..boleh kasi "up" lagi
Ikan bilis digoreng garing (kalau nak gunakan microwave pun boleh gak...masukkan ikan bilis dalam mangkok dan tuang sedikit minyak...set ke 1.5 minutes....dah siap ikan bilis goreng garing )
Garam dan gula

Cara-cara

Tumbuk bawang merah, bawang putih sekali dengan cili api...tak payah la lumat sangat...
Panaskan kuali yang ada minyak ye.....bila minyak dah panas..masukkan bahan yang di tumbuk tadi. Tumis dengan api sederhana, masukkan garam ikut kemahuan sendiri la ye.....Terus mengacau agar tidak hangus. Apabila dah nampak agak layu, masukkan gula kacau lagi sebab gula akan "crystalized" cepat dan kalau tak kacau...akan menjadikan sambal tu keras/crispy la....rasa apa apa yang patut, sesuaikan dengan garam dan gula.....sugar and spice..makes everything nice....dah OK rasanya...barula masukkan ikan bilis goreng tu.....gaul hingga sebati ...Dah siap....Senang?

Menu Ke 2

Menu ke 2 - Masak Asam Rebus Kacang Panjang
Bahan-bahan

1/2 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Ikan bilis sedikit sebagai perencah
Cili blend dalam 1 sudu besar, macam biasa kalau nak pedas kasi up la itu cili
Asam keping 2 keping yang sederhana
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

Kedua dua bawang itu di tumbuk dengan perencah ikan bilis, jangan lumat sangat ye.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam periok, isi air (jangan banyak sangat ye) dan masukkan cili blend, kunyit, garam dan asam keping. Biar kuah tersebut mendidih dan rasa apa yang kurang. Masukkan sedikit gula untuk balance-up rasa pedas dan asam. Bila gula dah hancur, baru la masukkan kacang panjang (ooo lupa...kacang panjang tu di patah-patahkan aja, tak payah potong ikut apa-apa ukuran.tengok gambar)
Perlahankan api dan tutup periuk sementara tunggu kacang lembut. bila dah lembut..tutupla api dan siap!!!! senang jugak kan.......

Menu ke 3

Menu ke 3 Ikan Kapak Goreng (Tak tau kenapa nama dia KAPAK)
Semua orang tahu kan cara nak goreng ikan....kalau tak tau....tak dapek la nak nolong hah........
So itu la dia....menu untuk tengahari ni.......bersyukur dengan apa yang ada....
Happy cooking and enjoy!!



Tuesday, January 18, 2011

Me and my breadmaker

This is my breadmaker Kenwood BM250......got it since I retired late 2006..have done so much and it's kindda handy to have this BM. The most wonderful thing about this BM is, it will knead, and knead and knead over and over again, until...the final product comes out....a BREAD of course!!!!
And last weekend my BM have helped me with making some sausage rolls...if without my BM, i would'nt dare to knead using my bare hands.
 Ini masa tengah proofing.....gebu
Ni dah abis maximum ni..kalau lambat sikit..akan keluar gelanggang la



This is how my end products looks like....
Roti!!!!!!!!

Sexy tak roti sausage tu........resepi nya nanti ye......hari ni kita jamu mata aja dulu!!!

Monday, January 17, 2011

Monday 17 January 2011

Salam, today is Azri's birthday, he turned 15 today. Time really flies and we keep on telling him that when he was born (tru C section due to breach)...he was so dark...his small black body is fully covered with ambiotic fat. Today he is the tallest in the house. but still he is the little baby of the family......
Well Happy birthday Azri..we celebrate next week with abah's birthday OK....
Azri and Abah at PetroSains KLCC....3 years back!!!!   
Again Happy Birthday Azri.....

Sunday, January 16, 2011

Menu Tengahari 15 Januari 2011

Kari Ikan No 49
Salam, diatas tu adalah masakan kari ikan beserta bendi dan tomato (survey TESCO mengatakan tomato adalah sayur yang paling laris di malaysia) tetapi amat sedap kerana tak payah guna ikan yang fancy yang dah tentu mahal harganya sekarang...kan sekarang musim TENGKU-JOE.

OK kita mulakan dengan bahan-bahannya.....

Bahan-bahan

Ikan kembung yang sederhana lebih kurang 4 ekor, dibersihkan
Serbuk kari ikan - 2 sudu besar dibancuh dengan sedikit gula (dalam 1.5 sudu kecil)
Bawang besar 1/2 ulas, bawang putih 4 ulas dan halia seperti biasa ikut ukuran ruas jari telunjuk anda.
Asam keping dalam 2 keping dan diguntung halus
Santan pekat - 1 cawan
Serai  - 1 batang dan dititik
Bendi, tomato dan cili hidup
Garam dan gula untuk adjust rasanya nanti.

Cara-cara

Tumis bawang besar, bawang puti dan hali yang telah dihiris nipis. Guna api yang sederhana dan dikacau sentiasa hingga naik bau......masukkan bancuhan rempahan kari ikan tadi beserta asam keping. Kacau dengan taat setia ye...supaya tidak hangit ..ingat api biar sederhana.
Bila dah agak separuh masak (nampak minyak terbit), tambah air sedikit saja.....kacau lagi dan masukkan serai dan garam, sedikit perisa kalau nak letak la. Masukkan ikan dan dan dlam 3 minit, barula masukkan pati santan tadi. APi masih sedrhana dan sentiasa kacau, supaya santan tidak bergentel gentel..biar dah dekat nak mendidih, masukkan bendi dan cili hidup. Kacau perlahan lahan dan bila dah mendidih, rasa masin manisnya...terus masukkan tomato...tutp api dan walla...SIAP!!!!! senang kan...dah jadi 1 lauk untuk makan tengahari.......lepas ni I post pasal projek meroti I semalam ye.....till then enjoy!

Friday, January 14, 2011

Simple but yummy yummy.......

Apa yang anda nampak dalam gambar ini?????
Menu kali ini adalah salah satu masakan yang paling simple dan digemari oleh penghuni No 49 Jalan 4/6 Bandar Baru Bangi......senang jugakla Mak G nak sediakan....teringat sewaktu Mak G menjaga Nenek Endon masa sakitnya...dia teringin nak makan masakan ini...apalagi Mak G pun buatkan la...tapi dia makan sikit sangat...tapi puashati sebab sebagai anak dapat menyediakan makanan yang emak kita hendak makan....jadi pada sesiapa yang emak mereka nak makan masakan ni buatkanla...senang sangat!!!

Bahan-bahan

  1. Ikan kembong yang sederhana besar..kalau besar sangat tak sedap, bersihkan dan goreng dengan penuh kasih sayang ye..biar garing bukan hangus......
  2. Bawang besar - 1 biji...minimise- kan penggunaan bawang...tengah mahal
  3. Bawang putih - 3 ulas di ketuk sikit dan dihiris 
  4. Halia mengikut ukuran ruas pertama jari telunjuk anda...pandai pandai la adjust sapa sapa yang jarinya kontot!...di hiris halus ye... 
  5. Asam keping - dalam 3 keping yang besar 
  6. Lobak manis.....warna putih dan ada jual di supermarket, kalau tak ada tak apala  jangan nangis lak
  7. Cili hidup merah dan hijau..kalau nak pedas letak la cili api
  8. Gula, garam dan serbuk kunyit
  9. Air masak - 1 - 2 cawan la...tengokla berapa ekor ikan nak masak kan...
Cara-cara

Setelah ikan digoreng dengan kunyit garam...letak tepi dulu. Kurangkan minyak dari kuali goreng ikan tadi. Tumis pulak bawang besar dan bawang putih dan halia...senyum la bila memasak...nanti makanan yang kita masak akan jadi enak sebab di masak dengan kasih sayang TLC la konon!
Masukkan garam, asam keping, sedikit gula..masa ni bila gula dah hancur...bolehla rasa apa yang kurang boleh tambah..ikutla rasa lidah tukang masak eh...
Kalau dah ok, masukkan serbuk kunyit, cili hidup merah dan hijau tadi sekali dengan sedikit air yang suci......api biar sederhana ye....bila dah betul betul rasanya OK...barula di masukkan ikan goreng tu sekeluarga ke dalam kuah yg masih mereneh tu.....di gaul mesra ikan tersebut dan dalam masa 3 minit...bolehla angkat dan terus hidang......
Masakan ni sesuai sangat untuk orang demam dan orang yang tak demam....kalau tak abis, masukkan dalam bekas dadih...jangan masuk dalam Tupperware, sebab nanti akan meninggalkan kesan kunyit kat Tupperware..sayang la pulak..
OK senang kan...bolehla mencubanya, masakan ni dari suami hingga la ke anak kecik boleh makan...tak pedas........so Enjoy cooking

masak Asam tetel

Tu dia...dia maiii dah........masak asam tumis tetel(tetel ni adalah daging cincang)
Selalu makan dengan nasi dan ikan kering dan sayur campur campak campak tu la.....tapi nak menyediakan kenala sabar ye...tetel tu lepas beli....cuci dan terus rebus...air biar cukup tetel tu tenggelam atau kalau ada pressure cooker...lagi la senang. Rebus hingga empuk..makan masa gak kalau pakai periok primitif. Kalau dah empok....ambil tapis dan tapis rebusan tetel tadi, asingkan tetel dan air rebusan. Air rebusan tu pulak, di masukkan dalam bekas dan masukkan ke dlm freezer untuk 30 minit hingga 1 jam...jangan sampai beku lak. Bila dah separa beku, kita akan lihat lemak dari air rebusan telah membeku dan berwarna putih...ambil lemak lemak tu dan buang ke dalam tong sampah...jgn buang kat sink nanti tersumbat cik oiiiii. Senang kan...lemak tu berkeping keping dan senang sungguh nak buang. Proses pembuangan lemak ni dilakukan, agar lemak tidak ikut sekali dimasak dan kesannya nanti bibir kita akan rasa macam bibir Kunta Kinte lak...selaput dek lemak tetel.....OK...sekarang kita gi ke bahan bahan nya

Bahan-Bahan

  1. Daging tetel - 1kg
  2. Cili blend...blend sendiri kat rumah
  3. Bawang merah 4 ulas
  4. Bawang putih 3 ulas
  5. Halia 2 inci
  6. Lengkuas - 2 inci
  7. Serai 3 batang dititik jahat sangat sampai kena titik eh)
  8. Beberapa keping asam keping di gunting halus....
  9. Minyak untuk menumis
Cara-cara

Setelah tetel tadi dah menjalani proses rebusan, potong la mana yang agak besar tu..jadikan bite size. Bawang putih dan bawang merah, di kawenkan dalam lesung dan henyak la mereka sampai separa lunyai...masukkan juga halia....tumis bahan bahan ni tadi..dalam periok Vision yang mahal...(ala nak guna periuk biasa pun boleh cap Buaya) setelah naik bau nya, masukkan cili blend..dalam 2.5 sudu (ikut la kalau nak pedas...kasi up la portion cili tu)teruskan adengan mengacau bahan bahan tu....masukkan sedikit kunyit serbuk (ke serbuk kunyit? whatever la ye)diiringi dengan serai tadi, kacau lagi dan masukkan garam dan kalau nak masukla serbuk perasa sikit aja. teruskan dengan memasukkan asam keping tadi...tambah air rebusan daging  tadi dan masukkan juga tetel. Biar ia nya mereneh dengan api yang medium...sambil tu boleh la goreng ikan masin kat stove sebelah tu....mesti waktu ni bau dan aroma ikan masin telah menyelubungi seluruh dapur rumah....jiran jiran pun mesti tertanya tanya....sapa la yang goreng ikan masin tu......phehhhhh naik selera.
Setelah mendidih, check rasanya..rasa asam nya, garamnya dan setelah membuat alteration sana dan sini...maka masak asam tu bolehlah dimakan...kalau mak G, selalunya akan makan pada esok hari...setelah asamnya sebati, tu la pasal masakan ni selalunya dibuat pada waktu malam..untuk di makan esok hari bersama sama Roti Pratha atau roti biasa aja......Selamat mencuba.....

Sejarah Part 2

Arwah Nenek Endon dan Datok Abu berasal dari Melaka....walaupun Nenek mempunyai seorang ibu berbangsa India (ye....kami cucu India) tapi nenek mempunyai kulit yang putih, kuning langsat la.....anak anak nenek dan datok ada 13 orang...dan ada berbagai warna kulit...ada yang macam pan asian, ada yang putih gebu ada yang macam hindustan dan juga yang kulit kuning langsat (tapi langsat yang nak busuk la...lebam aja)
Mak G adalah anak ke 10 (no jersi Maradona tu) dan perempuan bongsu. Mak G rasa my life is mostly spent with both my parents....much glad!!
Gambar terakhir kami adik beradik.....di mana selepas itu, kami kehilangan 4 ahli keluarga kami
Walaubagaimana pun Datok dan nenek telah berjaya mendidik anak mereka dengan jayanya....semuanya berjaya, ada kehidupan yang selesa dan sejahtera......terkucil sikit sikit tu adalah..adik beradik kan.....Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh kedua dua mak dan baba....semoga tenang di sana. AMEEN

Masakan Sayur.......ada nama sambungannya

Ini adalah menu makan malam semalam... pada Mak G ni la salah satu masakan yang paling simple..sebab amatla senang sekali
Menu ini digandingkan dengan Ikan Bilis goreng sira cilipadi...terangkat beb.......
Namanya masakan sayur ini adalah Masakan Sayur Campak campak (jangan terkeluar dari kuali)

Bahan-bahannya
  1. Sayur sayuran.. taugeh, carrot, sweet pea (macam nama anak Popeye lak kan) cili benggala (tak tau la dapat mana nama cili benggala)
  2. Rencah seperti udang, isi ayam atau pun just ikan bilis
  3. Bawang merah dan bawang putih...diracek ikut napsu anda la....
  4. Tauhu biasa tu bukan tauhu lembut ye.....
  5. Kalau ada cendawan pun sedap gak Innoki will be the best...
  6. Chicken stock dan kicap pekat mengikut kuantiti sayur
OK, semua sayur tu di cuci bersih. Potong ikut selera kita la kan.....kita yang nak makan kan.

Cara-cara

Tumis bawang merah dan bawang puth, on medium flame...baca selawat sambil memasak tu...masak dengan senyum, sebab nanti masakan kita akan jadi lagi sedap. Bila bawang dah layu, masukkan rencah, dalam 2 minit masukkan pulak carrot dan lain lain sayur yang agak lambat nak lembut (brokolli sebagai contoh)..pastu tuang kicap dan masukkan chicken stock (dalam 1 sudu kecil).
Bila carrot dan separuh empok, masukkan cili banggala dan taugeh,..rasa kemasinan dan sesuaikan dengan menambah garam sedikit ikut citarasa si tukang masak.....bila dah OK...walla...siap....masukkan dalam mangkok dan makan. Senang kan..........
Masakan Sayur Campak campak

Thursday, January 13, 2011

Mee Goreng sebagai menu sarapan

Mee Goreng dengan homemade jerok cili (pinggan tu dpat free bila membeli serbuk pencuci Daia
Hari ni Mak G buatkan mee goreng untuk sarapan....ermmmm rasanya...hanya dapat "OK" saja dari CEO di rumah ni....bila tanya si Azri, dia kata...entahla..biasa aja.
So ini la resepi nya...end product...ikut tastebuds masing masing ye.
Bahan-bahan
 1 pkt - mee kuning (brand yang bagus ialah Kak Mah)
1 biji - bawang besar di hiris nipis
3 ulas - bawang putih dititik dan racek 
1.5 sudu besar - cili kering yang dikisar
1 sudu besar - sos tiram
1 sudu besar -  Udang kering yang telah di kisar 
Sedikit sawi dan taugeh sebagai aksesori tambahan....
Sedikit daging atau ayam or sotong or udang or fishcake sebagai perencah.
Kicap pekat, gula dan kiub ayam, semua bahan bahan ini di letak mengikut citarasa si tukang masak.
Cara-cara
 Memula of course...kenala ada kuali.
Panaskan minyak sedikit dan start tumis bawang besar dah agak layu, baru masukkan bawang putih.dengan api yang sederhana. kacau sebentar dan masukkan udang kering dan cili..kalau nak pedas...tambahla cili tu, tapi kalau pedas sangat..tak sedap la. Kacau lagi dan  ingat...jangan nyanyi2 kat dapur...masukkan la perencah, slalunya masukkan daging dulu, sebab daging lambat nak masak. Kacau lagi dan masukkan la kicap...agak agak la...jangan ikut perasaan dan dituang kicap tu banyak banyak...biar sederhana. Masukkan sos tiram, gula pun sedikit sedikit ye.
Ok, bila agak agak (semua main agak aja dalam memasak ni) daging dah lembut, teruskan masuk lain lain perencah dan sayur  tadi, tujuan nya supaya semuanya masak dan mee lambat basi.
bila sayur dah setengah masak...barula di masukkan mee...mee tu di basuh sedikit ye, agar hilang rasa kapurnya....dengan api yang rendah, kacaula mee bersama sama bahan yang telah pun berada menanti didalam kuali tu.
Rasa apa apa yang patut...garamnya (selalu Mak G tak letak garam, kicap dah masin mee pun ada garamnya) Mesti ada rasa pedas sedikit masin sedikit dan manis sedikit....it all depends on the cook...jangan terlalu sangat ikut resepi, resepi hanyala guide....kita yang masak so kita yang control.....
Jangan cakap memasak tu leceh, sebab bila kita dapat hasil yang baik, kita akan rasa happy bangat!!!! dan kita akan terus ingin mencuba one recipe after another......
So Selamat mencuba.....

Wednesday, January 12, 2011

Salam dari Dapur Mak G

Salam. Mak G selalu memasak......kalau ikut kronologi, masa anak dara dulu...nenek Endon selalu bising...macam mana kau nak kawen nanti G oiii...masak pun tak reti. Nenek Endon pakar buat kuih...kuih koci adalah yang paling top of the list..seri muka, kuih lapis, karipap, kuih apam mangkok kecik kecik tu (penat ooo bila bab mencungkil kuih tu dari acuan nya) and the list goes on and on...Nenek Endon buat kuih hingga umor nya menjangkau late 50's.  Kalau musim bulan puasa lak...dia akan buat dodol bersama sama anak anak lelaki nya....kuih bauhulu...beribu ribu jumlahnya...dan dengan hasil membuat kuih tu la dia dapat buat pergi haji, Alhamdullilah...untuk pengetahuan...Nenek Endon mula buat kuih seawal perkahwinannya dengan  Datok Abu...iaitu ketika umornya sweet 17.....Begitu la, selalunya orang akan kata, kalau emaknya pandai memasak, maka sikit sebanyak akan turun la kepakaran itu pada anak perempuannya.......well...Mak G belum pakar lagi...tapi the skills is still developing. Kalau ada passion, maka dengan relanya hati kita akan terbuka untuk terus memasak........