Wednesday, January 19, 2011

Hari KO-KO

Salam, hari ini hari Rabu...hari kokurikulum kat semua sekolah di Tanah Melayu ni.....maka termasukla sekolah si Azri. Azri menyertai pasukan PBSM....baju putih, seluar putih dan berlencana PBSM Selangor...pagi tadi dia ke sekolah berpakaian tu la....dan petang nanti dia akan ke sekolah..entah tak tahu la pulak dia nak pakai baju apa....baju sukan kot...ntah ....
Oleh kerana hari ini ada Ko-Ko...maka dia akan balik awal, tiada kelas tambahan. Dia akan dismiss dari sekolah pukul 1.10 dan akan sampai ke rumah 1.20....dia BIG WALK ke sekolah yang hanya 100 tapak kaki dia tu...
Jadi...hari ni  Mak G pun terpaksala masak awal.....menu nya yang paling simple dalam dunia yang fana ni...30 minit aja dah siap..sekali dengan nasi.....kalau nak masak...sekejap aja....
Menu Pertama ialah: 


Menu Pertama Ikan Bilis Sira Cili Api



Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 biji cili api/padi..nak pedas..boleh kasi "up" lagi
Ikan bilis digoreng garing (kalau nak gunakan microwave pun boleh gak...masukkan ikan bilis dalam mangkok dan tuang sedikit minyak...set ke 1.5 minutes....dah siap ikan bilis goreng garing )
Garam dan gula

Cara-cara

Tumbuk bawang merah, bawang putih sekali dengan cili api...tak payah la lumat sangat...
Panaskan kuali yang ada minyak ye.....bila minyak dah panas..masukkan bahan yang di tumbuk tadi. Tumis dengan api sederhana, masukkan garam ikut kemahuan sendiri la ye.....Terus mengacau agar tidak hangus. Apabila dah nampak agak layu, masukkan gula kacau lagi sebab gula akan "crystalized" cepat dan kalau tak kacau...akan menjadikan sambal tu keras/crispy la....rasa apa apa yang patut, sesuaikan dengan garam dan gula.....sugar and spice..makes everything nice....dah OK rasanya...barula masukkan ikan bilis goreng tu.....gaul hingga sebati ...Dah siap....Senang?

Menu Ke 2

Menu ke 2 - Masak Asam Rebus Kacang Panjang
Bahan-bahan

1/2 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Ikan bilis sedikit sebagai perencah
Cili blend dalam 1 sudu besar, macam biasa kalau nak pedas kasi up la itu cili
Asam keping 2 keping yang sederhana
Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara

Kedua dua bawang itu di tumbuk dengan perencah ikan bilis, jangan lumat sangat ye.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam periok, isi air (jangan banyak sangat ye) dan masukkan cili blend, kunyit, garam dan asam keping. Biar kuah tersebut mendidih dan rasa apa yang kurang. Masukkan sedikit gula untuk balance-up rasa pedas dan asam. Bila gula dah hancur, baru la masukkan kacang panjang (ooo lupa...kacang panjang tu di patah-patahkan aja, tak payah potong ikut apa-apa ukuran.tengok gambar)
Perlahankan api dan tutup periuk sementara tunggu kacang lembut. bila dah lembut..tutupla api dan siap!!!! senang jugak kan.......

Menu ke 3

Menu ke 3 Ikan Kapak Goreng (Tak tau kenapa nama dia KAPAK)
Semua orang tahu kan cara nak goreng ikan....kalau tak tau....tak dapek la nak nolong hah........
So itu la dia....menu untuk tengahari ni.......bersyukur dengan apa yang ada....
Happy cooking and enjoy!!



3 comments:

  1. salam... hye Mak G =)
    nice blog kak g..
    hurm... besh singgah blog ni.. byk makanan ;)

    -emie EX-FOODTECH =)

    ReplyDelete
  2. dalam pada masa sekejap tu boleh pulak siap 3 lauk. cis. rozi, sila letak semua resepi belah tepi supaya senang, bila aku ni lapar, boleh tiru resepi kau tu je! hehehhehhe.

    ReplyDelete
  3. Ummi Iman... best singgah blog yg byk makanan...kalau singgah rumah lagiiiii ler banyak makanan tau!

    DrNotts....superwoman kan aku ni Ijah....nanti aku usahakan buat mcm kau suruh tu la.....

    ReplyDelete