Thursday, January 20, 2011

Hari Ini

Hari ini adalah hari cuti bagi negeri Selangor kerana perayaan Thaipusam. memandangkan hari ini hari cuti, maka bermula dari breakfast pagi tadi hinggala ke makan malam...segalanya disediakan oleh CEO Dr Hishamuddin Omar AKA Pak Sham...beruntungnya badan. Pagi tadi kami sarapan mee goreng, agak pedas....blame it on the chilies, tengahari kami disediakan Nasi tomato dengan ayam masak merah....
Tapi entry kali ini tiada resepi...sebab orang yang memasak hari ini tiada di rumah semasa entry ni ditaip....esok esok la resepi nya ye.....tapi gambar tetap ada......kejap ye....Mak G ambik SD card dari Nikon D40 untuk upload gambar.....

Set of Nasi Tomato, Acar Buah and Ayam Masak Merah No 49
Dalam masa Pak Sham menyediakan ayam masak merah nya...Mak  telah mencuba resepi dari seorang blogger ni dengan resepi Apam Balik..rasanya memang sedap
Ni gambarnya...resepi akn menyusul....


Apam Balik Moden

Ni resepinya.......................

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim



Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.


Kredit kepada penyumbang resepi ni http://anugerahnurani.blogspot.com
 Maka selepas pandai membuat apam balik ni....tak payahla beli lagi apam balik pasar malam..................
So, enjoy cooking pada yang nak cooking...and enjoy the pictures...pada yang belum lagi nak memasak....


No comments:

Post a Comment