Sunday, January 16, 2011

Menu Tengahari 15 Januari 2011

Kari Ikan No 49
Salam, diatas tu adalah masakan kari ikan beserta bendi dan tomato (survey TESCO mengatakan tomato adalah sayur yang paling laris di malaysia) tetapi amat sedap kerana tak payah guna ikan yang fancy yang dah tentu mahal harganya sekarang...kan sekarang musim TENGKU-JOE.

OK kita mulakan dengan bahan-bahannya.....

Bahan-bahan

Ikan kembung yang sederhana lebih kurang 4 ekor, dibersihkan
Serbuk kari ikan - 2 sudu besar dibancuh dengan sedikit gula (dalam 1.5 sudu kecil)
Bawang besar 1/2 ulas, bawang putih 4 ulas dan halia seperti biasa ikut ukuran ruas jari telunjuk anda.
Asam keping dalam 2 keping dan diguntung halus
Santan pekat - 1 cawan
Serai  - 1 batang dan dititik
Bendi, tomato dan cili hidup
Garam dan gula untuk adjust rasanya nanti.

Cara-cara

Tumis bawang besar, bawang puti dan hali yang telah dihiris nipis. Guna api yang sederhana dan dikacau sentiasa hingga naik bau......masukkan bancuhan rempahan kari ikan tadi beserta asam keping. Kacau dengan taat setia ye...supaya tidak hangit ..ingat api biar sederhana.
Bila dah agak separuh masak (nampak minyak terbit), tambah air sedikit saja.....kacau lagi dan masukkan serai dan garam, sedikit perisa kalau nak letak la. Masukkan ikan dan dan dlam 3 minit, barula masukkan pati santan tadi. APi masih sedrhana dan sentiasa kacau, supaya santan tidak bergentel gentel..biar dah dekat nak mendidih, masukkan bendi dan cili hidup. Kacau perlahan lahan dan bila dah mendidih, rasa masin manisnya...terus masukkan tomato...tutp api dan walla...SIAP!!!!! senang kan...dah jadi 1 lauk untuk makan tengahari.......lepas ni I post pasal projek meroti I semalam ye.....till then enjoy!

2 comments:

  1. wah rozi, dah ada blog masak. memang bagus ni.

    ReplyDelete
  2. DrNotts......biasa la maa......nak 5 series kena majukan diri.....

    ReplyDelete