Masak lemak Pucuk Paku |
2 ikat sayur pucuk paku - beli kat pasar la..potong parts yg tak keras dan cuci bersih, toskan.
Cili api - 10 biji, jangan pedas sangat, nanti tak enjoy
Ikan bilis....sedikit la untuk perencah
Bawang besar - 1/2 ulas
Bawang puteh - 3 ulas
Santan - macam mana nak kira ye....herm ...dalam 200ml la
Itu aja la kot bahan bahan nya......
Serbuk kunyit sikit untuk bagi warna kat kuah tu nanti.
OK...move on kepada cara caranya pulak.
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api dan ikan bilis, baik baik...takut merecik bahan yang ditumbuk masuk mata...hati hati ye
- Bahan yang ditumbuk tu dimasukkan kedalam periuk bersama sedikit santan yang cair
- Masukkan sedikit serbuk kunyit, garam dan sedikit gula
- Bila bahan bahan tadi sudah masak, masukkan pucuk paku tadi
- Last sekali masukkan santan pekat...kalau pekat sangat, tambah sedikit air...kalau pekat sangat pun...dah rupa puding aja nanti.OK ...siap la masakan kita ...senang aja kan.....
Ikan Kekek |
Smpai rumah, jam dah pukul 10 pagi...bersihkan ikan yang dibeli, Mak G beli ikan parang gak.untuk buat masak asam tumis. Dah siap asing-asingkan ikut portion nak masak nanti, maka simpanla ikan ikan tersebut di dalam freezer....dan mula la acara memasak yang hanya ambil 45 minit untuk siap...sekali dengan masak nasi. Oh by the way, Mak G kat rumah sekarang masak nasi tak guna rice cooker lagi dah...masak cara manual...lagi senang dan nasi tak berkerak pun.....
Caranya senang aja...sukat dan basuh beras macam biasa, pastu jerangkan atas dapur gas menggunakan api yang perlahan. Tindihkan periuk tu dengan sesuatu yang berat, macam cerek air. Selepas 15 minit, nasi pun masak dan tutupla apinya. Tunggu another 10 minutes...dah boleh makan dah...tak payah dikacau kacau nasi tu..sebab ia nya akan masak sendiri dengan wap dari periuk tadi. Senang kan......
So, sehingga kita jumpa lagi..............Happy cooking everybody!
masak nasi dalam microwave je. sah memang tak berkerak!
ReplyDeleteikan kekek sangat best! first time nampak ni