Tuesday, January 8, 2013

Kisah Seorang Anak, Bapa dan Isteri Bapa......

Semalam aku berurusan dengan seorang pegawai kewangan sebuah IPTS.....urusan rasmi nya hanya sebentar saja, tetapi urusan peribadinya itu berlanjutan sehingga 45 minit bercakap....haus tekak ku....
Mula mula dia seakan malu malu nak cerita, tapi seperti biasa la....selepas merasa selesa, dia mula bercerita, kisahnya dia mempunyai 6 adik beradik, seorang saja abang selebihnya adik perempuan. Aku namakan hamba ALLAH ni sebagai Siti ajala. Semua adik beradiknya telah berkawin. Apabila dia bercerita tentang perihal kesihatan ayahnya, dia seperti hendak menangis, tapi segan kot. Aku cerita la bagaimana aku sangat beruntung kerana dapat menjaga almarhum ibunda kesayangan sehingga hujung hayatnya. Bagaimana kami membahagi bahagi waktu antara adik beradik kami menjaga emak.
Tetapi Siti rasa terkilan, kerana ayahnya menghidap diebetis, kaki sebelah telah dipotong diringi pula sakit jantung dan terakhir kini ayah nya mengalami komplikasi buah pinggang. terang terang doktor memaklumkan bahawa jangka hayat ayahnya tidak lama. Dia sedih kerana dia tidak berkemampuan menjaga ayahnya....ayahnya dikampung dijaga oleh isteri ayahnya...ye Siti beribu tiri. Pada mulaya aku sangka mereka benci ibu tiri nya...tetapi meeka tidak begitu baik dengan ibu kandung mereka sendiri......bagaimana ye...ibu...ranking yang ketiga...dan doa seorang ibu amatla mustajab..tetapi Siti dan adik beradiknya tidak mesra dengan ibu kandungnya...tanpa aku ketahui sebabnya....
Siti juga menghadapi kekangan, suaminya tidak begitu suka jika Siti menjaga ayahnya......jadi sebagai anak perempuan, dan bersuami dia kena patuh dengan suaminya. Siti tukar keretanya dari kereta manual ke auto, sebab senang ayahnya nak guna bila ada checkup di HUKM..boleh bayangkan seorang ayah, kaki tinggal 1...bawa kereta ke HUKM bersama isteri nya....mana anak anak nya yang 6 orang tu????
Sampai di sini, Siti terasa seakan malu sebab gagal menjaga ayahnya. Tetapi dengan segera aku katakan...ALLAH menguji kita dengan pelbagai cara, ini adalah salah satu dari nya. Sebenarnya, kalau dia hendak hantar ayahnya ke hospital, boleh saja, tetapi dia dihalang oleh suami nya...yang sering mempersoalkan kenapa anak anak yang lain tidak menghantar ayah nya itu. Aku pernah mengalami situasi seperti ini, memang banyak dugaan menjaga ibu atau ayah ketika uzurnya mereka, tapi percaya la....rezeki kita akan murah, bila kita ikhlas menjaga mereka. Aku cerita jugakla sedikit sebanyak kisah adik beradik aku yang ada kalanya cendekel gak dalam menjaga ibu ku semasa sakitnya, tetapi sekarang mereka sedang menerima balasan......you get what you give..........
Bagi Siti, dia sangat bertuah sebab ayahnya masih ada seorang isteri, menjaga makan dan pakainya.....bukan anaknya tidak mahu menjaga...tetapi anak anak mempunyai masalah mereka sendiri......
Semoga kita yang telah menjadi ayah dan ibu , tidak mengharap pada anak anak menjaga kita apabila kita tua esok......besar kemungkinan mereka tidak boleh menjaga kita atas berbagai sebab.........
Pada Siti...hidup ibarat roda....kalau suami anda tidak bagi anda menjaga ayah, suatu hari nanti...mungkin dia juga akan menerima balasan..sebab anak Siti, ketiga tiga nya perempuan...sama macam Siti juga.....
Pada yang masih mempunyai ibu ayah....jagai dan sayangi la mereka...Mereka bukan hendak duit kita (kalau nak bagi, bagila mereka akan terima)...pandai pandai la adjust masa agar anda dapat menjaga mereka.....
Dan apa jua yang kita lakukan di dunia ini adalah bonus untuk kita "Redeem" apabila kita di"panggil balik" kelak. Isteri kena taat dengan suami, tetapi suami tidak boleh terlalu berkira mengongkong isteri, membataskan perhunungan isteri dengan ibu ayah dan juga adik beradik yang lain. Kebajikan yang dibuat oleh kita kelak akan menolong kita di akhirat esok..Insyaallah.

No comments:

Post a Comment