Thursday, July 7, 2011

Breakfast July 7th 2011

Assalam...
Walla.....................tak pernah pernah buat Roti John....pagi ni buatla...the question is..rupa dan rasa tak
macam Roti John...lebih mirip kepada Roti Jonah....
Tapi layan la gmbar yang ada ni....

Kejap lagi resepinya menyusul ye......
For the time being sabar...........

Wednesday, July 6, 2011

July 6th 2011

Dinner today..........
Sambal Tumis Udang
Sambal Tumis Udang ni sebagai pelakon utama.....

Bahan bahan:
Udang sederhana - 20 ekor
Cili blend - 2 1/2 sudu besar
Asam keping - 2 keping yang sederhana
Bawang besar - 1 butir, dihiris bulat
Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Tumis bawang besar hingga sedikit layu...masukkan cili dan terus mengacau tumisan sehingga cili benar benar
masak, kalau kurang masak, rasa tak sedap...hidup biar sedap.
Bila cili dah garing, masukkan garam dan gula (agak2 ye) terus mengacau. Masukkan asam keping.
Bila gula dah hancur, masukkan udang perlahankan api stove dan gaulkan udang dengan cili tadi.
Jangan overcook...nanti tak sedap ...hidup biar sedap
Rasa asam, garam dan gula, kalau dah sesuai dengan lidah kita, maka boleh la angkat keluar dari kuali...
dah pun siap.

What's For Today?

Assalam, breakfast? mee goreng sempoi....agak kureng sikitla rasanya....Sebenarnya planning awal bukan nak buat mee goreng....tapi bila tengok dalam freezer....murtabak segera home made telah habis.....so alternativenya..mee tu la.
Kejap lagi kita sambung ye...sedang tengok TV...lelaki tertinggi di dunia..kesian dia...tinggi sangat...

Tuesday, July 5, 2011

Salah Hari

Kelakar aja.......hari Ahad lepas...kami bercadang nak ke kenduri sambut menantu  neighbour. Ni la anak dia yg bongsu nak kawen, jadi memang nak pegi la...tapi peliknya, MakG ternampak suami neighbour tu dok kemas kemas sampah depan rumah dia (dia org buat kat dewan Chempaka PKNS)...terdetik gak di hati...jam dah pukul 12 tengahari, takkan Pak Haji ni dok kemas rumah lagi...maka MakG pun cepat cepat la tengok kad jemputannya.....Majlis rumah perempuan 26 Jun, rumah lelaki 2 Julai....maka masa tengok kad tu dah tengahri waktu Malaysia dan yang pentingnya....hari nya adalah 3 Julai 2011........padan muka aku...dah termiss wedding anak dia....TAPI tak sengaja.

Berasap telinga gua.......mujur dah siap masak Nasi Ayam....
 
Lain kali buat note tentang tarikh2 penting ni.............

Permintaan Budak Demam.....

Daging Masak Hitam Ala Mamak.....
Azri demam ni...dah 2 hari tak ke sekolah....lembik jugak anak aku ni. Dari semalam dia dah minta nak makan masakan ni...apa lagi..daging ada...MakG pun masakla....lepas ni sapa2 yg demam bolehla minta nak makan apa2 ye..MakG masak kan.....(macam bagus aja aku ni)
Ni resepi nya........
Daging - 1/2  kilo..cari la daging Batang Pinang
Bawang besar - 2 biji dipotong hiris memanjang.
Rempah kari Daging - 2 sudu besar
Serbuk Jintan Putih   - 1 sudu kecil
Serbuk Jintan manis  - 1 sudu kecil
Cili giling/blend -     2 sudu besar atau mengikut kepedasan anda inginkan

Bahan untuk kisar / Tumis:
  1. Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
  2. Bawang putih 4 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
  3. Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
  4. Daun pandan 4 helai, disiat siat. Daun kari dua tangkai.
  5. Kayu manis campur 1 btg.kayu manis + 2 buah pelaga + 2 bunga lawang + 4 cengkih.
  6. Kicap Pekat Mee (Kicap Wak Tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
  7. Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, daun kari,  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
  2. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
  3. Masukkan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
  4. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan air dan dikacau rata.
  5. Di sini amat perlu tahu mengenai rasanya, tambahla apa yang patut, garam ke, gula ke, asam ke...

So itu la dia resepi daging masak hitam ala mamak...