Tuesday, July 5, 2011

Permintaan Budak Demam.....

Daging Masak Hitam Ala Mamak.....
Azri demam ni...dah 2 hari tak ke sekolah....lembik jugak anak aku ni. Dari semalam dia dah minta nak makan masakan ni...apa lagi..daging ada...MakG pun masakla....lepas ni sapa2 yg demam bolehla minta nak makan apa2 ye..MakG masak kan.....(macam bagus aja aku ni)
Ni resepi nya........
Daging - 1/2  kilo..cari la daging Batang Pinang
Bawang besar - 2 biji dipotong hiris memanjang.
Rempah kari Daging - 2 sudu besar
Serbuk Jintan Putih   - 1 sudu kecil
Serbuk Jintan manis  - 1 sudu kecil
Cili giling/blend -     2 sudu besar atau mengikut kepedasan anda inginkan

Bahan untuk kisar / Tumis:
  1. Bawang besar 2 biji dikisar dan asingkan
  2. Bawang putih 4 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
  3. Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
  4. Daun pandan 4 helai, disiat siat. Daun kari dua tangkai.
  5. Kayu manis campur 1 btg.kayu manis + 2 buah pelaga + 2 bunga lawang + 4 cengkih.
  6. Kicap Pekat Mee (Kicap Wak Tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
  7. Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, daun kari,  dan serai. apabila ramuan mula keluarkan bau harum.
  2. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
  3. Masukkan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
  4. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan air dan dikacau rata.
  5. Di sini amat perlu tahu mengenai rasanya, tambahla apa yang patut, garam ke, gula ke, asam ke...

So itu la dia resepi daging masak hitam ala mamak...

No comments:

Post a Comment