Assalam
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. 21 julai 2012, hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus beribadat di bulan yang mulia ini, Insyallah.
Kami bersahur hari pertama dengan sup petola dan ayam masak kicap. So very simple sebab simple dan praktikal itu amalan kami. Sepanjang hari Azri ke sekolah pada sebelah pagi, ada mesyaurat Kelab memanah JESS, kami berdua pergi TESCO Cheras (Saturday routine) Balik kopek ikan bilis yang telah dibeli di Pasar Taiping minggu lepas (beli 2 kilo..puas la nak mengopeknya) sambil layan drama. Sedar2 dah masuk Zohor...stop jap. Pastu sambung rebus caker(kaki ayam) dan tulang2 ayam untuk dibuat sup tom yam untuk berbuka nanti. Big Bos pula masuk dapur pukul 2.30 petang...dia tebar tepung untuk murtabak dia...tepung dia dah siap uli lepas sahur tadi....alangkah bahagianya hidup.....Pukul 4 petang murtabak dah siap. Aku prepare bahan2 buat linchikang...siap..aku goreng 4 ekor ikan kembong untuk buat Ikan Masak Cincuan (siap masak awal2 untuk sahur hari ke 2) Hidangan kami selalunya mesti ada 1 dish protein, 1 dish sayur(kadang2 ganti buah aja) nasi dan mesti ada yang pedas2 sikit. Selalunya 2 jenis aja.
Semalam, berbuka kami adalah Daging Salai Masak Merah bersayur (dah tak yah masak sayur) dan Sup Tomyam ayam, air linchikang dan of course MURTABAK HBO........
Maka selesai la acara bersahur dan berbuka hari pertama kami....ini gambar Daging Salai Masak Merah Bersayur HBO (sebab Big Boss yang masak kan...)
Daging Salai Masak Merah Bersayur HBO |
Ini Sup Petola (Kredit to resipinoraini.blogspot.com) |
Ayam Masak Kicap (Kredit to notafahmie.blogspot.com) |
No comments:
Post a Comment